Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hari ini saya akan menulis 'post' saya dalam bahasa melayu.
Tak tahu dari mana datangnya pemikiran ini tapi saya berharap anda semua akan terhibur dengan 'post' kali ini.
Hari Jumaat ialah Hari Kuih Bulan. Sepatutnya bulan pada malam perayaan ini adalah yang paling cantik. Pagi itu, Miri telah dibasahi dengan hujan lebat. Sudah berhari-hari Miri diselimuti dengan jerebu. Apabila saya menghayati bulan yang begitu jelas sekali pada waktu malam itu, saya rasa Tuhan telah menghantar hujan pada waktu pagi untuk menghapuskan jerebu. Saya telah pergi ke Luak Esplanade untuk bermain tanglung dengan kawan-kawan saya. Ini adalah sesuatu yang melucukan kerana kami bukan kanak-kanak kecil lagi. Namun begitu, yang lebih memeranjatkan saya ialah jumlah orang yang pergi ke Esplanade untuk membuat perkara yang sama, bermain tanglung.
Malam Sabtu, saya telah pergi ke Curtin Sunset Carnival. Tujuan utama saya adalah untuk bertemu dengan Irene. Suasana di karnival ini adalah sama seperti tahun sebelumnya dengan bezanya di kekurangan cahaya. Karnival saya pergi sebelum ini dianjurkan pada waktu pagi dan karnival ini adalah dari petang ke malam. Tak ada beli apa-apa kerana barang-barang di karnival biasanya lebih mahal. Berjumpa dengan kawan-kawan lama di karnival juga.
Berasa sangat letih pada malam Sabtu. Mungkin kerana telah bermain badminton pada waktu pagi.
Baiklah, begitulah sahaja degan 'post' saya kali ini. Sekiranya terdapat apa-apa kesalahan, sila beritahu saya di ruangan komen, yea?
1 comment:
wah...BM post! hehe...good thing i stil understand..but then, it doest sound abit wierd to read in BM! gee..i've not spoken in BM for the past 4 years!! everything karat already~~~ will haf to go back and brush up my language! hehe
Post a Comment