Kerja saya berlambak-lambak dan perlu disiapkan sebelum saya mengambil cuti yang panjang untuk menelaah. Saya berasa begitu tertekan kerana masa semakin memaksa.
Namun begitu, minggu ini, saya telah keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama dan baru. Tidak dapat saya mengambil gambar-gambar yang jelas kerana telefon bimbit saya tidak ada 'flash.' Di samping itu, saya juga segan nak ambil gambil di tempat awam.
Malam Selasa, saya telah pergi ke Golden Pot untuk makan steamboat. Kali ini, saya makan dengan perlahan dan peliknya tidak berasa begitu kenyang seperti kali-kali yang sebelumnya. Selepas Golden Pot, kami telah pergi ke Siamese Secrets untuk berbual. Suasana di Siamese Secrets amat sesuai untuk berbual-bual.
Malam Rabu, saya keluar lagi untuk makan malam. Kali ini, saya keluar dengan Jeng and Elsie ke Seahorse. Stik ayam yang saya makan...tidak sesedap Kingswood. Tapi, yang lebih penting ialah kami berbual tentang kehidupan kami sekarang dan kenangan silam kami yang begitu indah dan bebas dari kerisauan.
Malam Jumaat, saya keluar dengan Irene ke Bintang Plaza. Selepas berjalan-jalan, kami balik ke tempat saya untuk menonton televisyen dan berbual-bual kosong.
Hari Sabtu, saya telah pergi bermain badminton seperti minggu-minggu yang sebelumnya. Berasa begitu letih kerana tidak cukup tidur. Tetapi hari ini merupakan hari yang begitu sibuk sekali...
Petang itu, saya telah pergi menonton perlawanan futsal sambil memberi sokongan kepada Lynthia. Saya, Lynnx dan Lynna memakai baju merah jambu untuk menyokong pasukan perempuan StCo. Keputusannya ialah St Co telah menewaskan Curtin. Dengan itu, StCo telah menang tempat pertama. Yea, cuma ada dua pasukan untuk perempuan. Haha...
Selepas itu, kami semua pergi ke rumah Abelle untuk hari jadinya. Saya berasa begitu kenyang sekali selepas melahap makanan yang begitu sedap sekali.
Kalian semua, adik sepupu saya, Abelle, telah berumur sebelas tahun. Tahniah!
Abelle adalah adik sepupu saya yang umurnya berbeza dari saya sebanyak dua belas tahun. Sejak kecil, dia telah dijaga oleh nenek saya dan selalu tidur di rumah saya.
Saya menamatkan post saya kali ini dengan perkembangan pokok semalu di pejabat saya. Hehe... Dah ada duri la...
2 comments:
awesome ning jie!!! today i tried reading a malay comic that my dad's friend's daughter hav, i can undertsand too.. hhe.. this is cool! nice pics.. and well done!! abelle is so cute in the pics!
It is great that you can still read malay.
My post this time is so much easier to write. Possibly because I tried to talk more malay to my colleagues and also because I havent been writing post. So the ideas of what to write came very easily...
Post a Comment